Wednesday, 31 July 2013

Edin Dzeko penyerang utama Man City ?



Dzeko telah menjaringkan 4 gol dalam perlawanan persahabatan setakat ini iaitu dengan jaringan pertama menewaskan South China 1-0 hasil tandukannya membolehkan City bermain di final, jaringan kedua menewaskan Sunderland dalam aksi Final Barclays Asia Trophy dan Man City munjul juara. Jaringan ke-3 dan ke-4 beliau ialah ketika menewaskan AC Milan dalam aksi Audi Cup di mana Man City menumpaskan AC Milan dengan skor 5-3. Dzeko menjaringkan gol ke-4 & ke-5 buat Man City.

"Edin Dzeko merupakan pemain yang akan kekal sebagai penyerang utama kelab Manchester City di bawah kendalian saya. Dan dia menunjukkan prestasi menakjubkan dengan memenangi Man of The Match sebanyak 2 kali ketika Manchester City menumpaskan South China, Sunderland di dalam perlawanan Barclays Asia Trophy dan menewaskan AC Milan dengan 2 jaringan dalam aksi Audi Cup," ulas Pellegrini.

Pellegrini menegaskan lagi bahawa Dzeko mempunyai gaya permainan sesuai dengan apa yang cuba dia terapkan dalam pasukan ini.

No comments:

Post a Comment